Wednesday, April 30, 2014

Alhamdulillah..

Pagi ni setle dah mengaji sampai surah al_maidah ayat 89..

Ketenangan..

Esok dah satu rejab kan..

Niat macam nak puasa..

Tapi esok Ada Konvoi Ramai2 dengan Family & Saudara mara belah ayah ke Cameron..

Tahan ke nafsu ni huhu..

Sungguh Lemah betul iman ku.

Kata nak jadi wanita solehah..

Tapi sebab Konvoi jer dah goyah bab puasa..

Astaghfirullah..

Well actually.. kelmarin.. aku mmpi lagi pasal dia..

Mimpi sama mcm dulu..

Kami berbaik & berborak dekat tepi tasik shah alam..

Pernah skali aku dapat mmpi mcm tu dlu..

Masa tu gaduh jugak..

Malam tu mmpi kita baik balik..

Exactly same.. tempat & apa yang kami lakukan..

Bangun2.. erk.. just a dream.. :)

Then..x nak la sedih2 kan.. so aku bangun buat solat tahajjud..

Alhamdulillah perasaan kembali stabil..

Thank you allah..

aku kne kuat.. ramai lagi kat luar sane lebih teruk dari aku..

Adoi.. Lynn..Lynn...

Org Baru pertama kali merasakan perasaan bercinta kan..

Poyo lebih ni..

Tapi x jugak.. perasaan sedih tu mmg real..

Xpernah rasa mcm tu..

Takutnyer....

xmo lagi dah perasaan ni...

Fobia betul..

Tuesday, April 29, 2014

Cara Mengerjakan Solat Istikharah Yang Betul

Solat istikharah ialah solat sunat dua rakaat untuk memohon kepada Allah bagi menentukan pilihan yang lebih baik antara dua perkara yang belum dapat ditentukan baik buruknya bagi seseorang. Apabila seseorang berazam untuk mengerjakan sesuatu maksud sedangkan ia ragu-ragu samada patut diteruskan atau tidak, maka disunatkan melakukan solat sunat istikharah.


Solat ini lebih afdhal dikerjakan pada malam hari. Selepas  selesai solat teruslah berdoa dengan doa istikharah.  Setelah itu ambillah keputusan perkara yang hendak dilakukan berdasarkan kecenderunan hati. Jika masih ragu-ragu maka lakukanlah lagi solat tersebut sehingga mendapat ketetapan hati untuk membuat keputusan. Jika masih dalam keraguan juga, maka Insya Allah apa yang ditakdirkan selepas itu samada meneruskan atau tidak cita-cita tersebut mempunyai kebaikan dan taufik daripada Allah.


Solat



Cara Solat Istikharah

a.  Lafaz niatnya:
Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.
b.  Antara surah yang dianjurkan ulama ialah:
Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).
Atau;
Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).

c.  Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:
Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!
d.  Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.

e.  Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW., para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.

f.   Membaca doa solat sunat Istikharah:



"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatilah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).


g.  Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).” 
 h.  Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.
 i.  Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.
 Wallahua'lam.


Read more: http://rossacalla.blogspot.com/2012/12/cara-mengerjakan-solat-istikharah-yg.html#ixzz30D7mWmx4
Follow us: @rossacalla on Twitter | PerlingPutih on Facebook

Sunday, April 27, 2014

Astagfirullah..

Ya allah.. knp susah sangat untuk luperkan dia ya allah..

Apa yang ada dalam diri sampai susah betul dia nak pergi dari hidup aku..

Aku dah cukup sakit..

Cukup2 la.. rasa rindu nie..

Aku ingat dah boleh lupuskan dia dari ingatan aku..

Aku cuba berkawan dengan lealki lain..

Aku try buka hati aku untuk lelaki lain..

Tapi knp dia jugak yang jadi penghalang??..

Tolonglah lupuskan dia dari ingtan aku secepat yang mungkin..

Knp aku sangat rindukan dia..

Tolonglah ya allah.. aku dah buat pelbagai cara untuk lupakan dia..

Aku dah solat.. aku dah mengaji..

Perpuluh doa aku panjatkan kepadamu supaya dpt lupakan dia..

Tapi knp bila rindu tu dtg tiba2..

aku jadi mcm nie..

Lemah.. nangis.. termenung..

Kuatkan lah aku ya allah...

Tolonglah kuatkan aku..

Berilah aku petunjuk terbaik ya allah..

Betul2 sukar dan sangat terseksa apa yang aku rasakan sekarang..

 

27/04/14 - 3rd Seminar

Sunday.

As usual.. I got class today,,

Fuhh.. no more laziness..

Now is my last year before grad insyaallah..

This morning is a hardcore subject which is Economic..

Lots of calculation..

But I Love it..

It makes my mind keeping on trying look for solution..

I love that..

Semoga dipermudahkan pembelajaranku hari ni ya allah :)

 

Saturday, April 26, 2014

Alhamdulillah..

Its Done surah An-Nisa..

Now will Move to Al-Ma'idah..

Hope will Khatam During Ramadhan..

Miss dat Moment :)

Well Today Have Some Walk at the Kemuning Lake..

But short while only..

Its a raining day..


Assalamualaikum &; Good Morning Saturday..

Alhamdulillah..just settled my subuh & reciting al-quran..

Now is already surah an-nass :)

Someone ask me to look for ayat 34 & 35 meanings..

He said.. its about wife..

Does he know all da meaning inside quran..?

If yes.. how great he is..


Little diary..

Someone is interested on me..

Can I open my heart for him..

I always pray to get someone who can lead me to allah..

I saw the talent on him..

But why im still not ready..?

I should open a bit for someone who sincere with me rite??

Im afraid.. da bad thing like before will happen again..

Or I should not be too fast..

But sometime its look weird when I try to hiding my personal feeling on him

When we were communicate in phone.. I feel like.. I just want to be fren..

I didn't take any feedback when he trying to approach his feeling on me

But when wake up in da morning..

The feel is like.. I miss someone.. do I have a feeling on him

He had mentioned.. dat he really want to know me indeed..

I should let him try rite.. give a chance for him & myself..

I should do istikharah..

Maybe there is some answer I can depend on..

May allah assist me on dis.

Opss..its a suddenly raining outside early in da morning..

Syukur.. sejuk jer  :)



 

Thursday, April 24, 2014

Alhamdulillah..done Al-Imran..
After Maghrib today..will recite to An_Nisa.. Surah utk perempuan..
Ya allah..semoga hari ini dan hari2 lain ku..lebih baik dari hari2 sebelumnya..
Permudahkan lah segala urusan ku..

Amin :)

Wednesday, April 23, 2014

Hari ni ingat nak p Joging..
Tapi cuaca mendung sangat pulak..
So..dah half way.. p Jugak la tasik tue..
Cantik:).. tenang nyer suasana tasik time mendung..
Pokok melambai..
Air berkocak..
Sejuk dgn angin

Tgk dari dalam kereta jer sebab takut ujan..
Ingat nak jalan sikit..
Tapi mcm xramai org..
Takut pulak tgk budak2 yg naik motor kat saner..
Paperhal kang sia2 jer..

Hrmm.. bila dah musim ujan ni..
Org x ramai..
nak jogging pun x brp berani..
dah la sorang..

Xperla..lepas rindu tadi tgk pemandangan tasik tu..

Nanti bila dah x musim ujan.. nak dating tiap2 hari :)
I will keep fit haha ^_^

Monday, April 21, 2014

Dear Diary..

Today is Monday..

Last nite I haven't dream about him anymore..

Syukran..

May everything I do today..

will got blessing by allah..

Today I recited al Imran..

I should look for tafsir now..

I should know..what is the meaning..

no more just read as usual..

I want to understand all..

cuz I want to become a good muslimah

Lead me ya allah..

Im so weak..

.................................................................................

Sunday, April 20, 2014











Xtahu knp..
Pernah rasa menyesal bila biar dia bekerja jauh dkt sane..
Wlupun berat lepaskan dia bekerja kat situ..
Tapi aku teruskan jugak..
ingatkan buat mcm tu supaya dia jadi lelaki yang lbih baik
hubungan jarak jauh menjadi lebih elok..
segala perkara x elok dalam bercouple boleh dielakkan bila kita jarang berjumpa..


Harap dia dapat berubah dan menjadi bakal suami yg dapat membimbing aku nnti..
sebab lelaki mcm tu yang aku idamkan..
kamu cukup baik dah..
solat..puasa.. hormat orang tua..dilahirkan dalam keluarga yang baik
beragama..fasih berbicara tentang agama..
aku suka dengar bila dia menjelaskan sesuatu perkara perihal agama.
itu la salah satu sebab knp aku tertarik dekat dia
Tapi sayang.. banyak lagi yang perlu dipelajari..

sayang..
Tapi bukan itu yang direncanakan allah..
Jauh sekali impian aku dengan rancangan allah..
Mengharapkan kamu menjadi pembimbing
menjadi ketua keluarga..
menjadi lelaki yang soleh yang dapat menjadikan aku seorang wanita yang solehah..


Sesungguhnya hanya allah yang maha menggetahui..



 
Alhamdulillah..
Pagi ni start surah al-Imran..
Tenangnyer mengaji waktu pagi
Semoga dipermudahkan kehidupanku nanti..

Ya allah.. aku nak life mcm nie sepanjang hidup aku..
Mengaji setiap pagi..
Aku rasa sangat tenang..
betul..semua ni boleh buat kita hilang fikirkan duniawi..
semua perasaan yang selubung hati kita boleh hilang..
flow keluar ketika mengaji..
lepas mengaji..
cium & tekapkan quran di dada..
sejuk jer rasa..

Ya allah..
Jadikan lah aku insan yang mulia disisimu ya allah..'
Kuatkan iman ku..
aku ingin menjadi muslimah yang baik
yang menurut semua arahan mu
dan meninggalkan semua larangan mu..
Kuatkan iman ku untuk berubah..

Aku nak jadi gadis waktu zaman skolah dlu..
sopan.. baik.. menutup aurat..berpuasa..mengaji.
penuh dengan didikan agama..
astagfirullah...
banyak betul telah aku tinggalkan..

Ya allah.. semoga aku diberi peluang skali lagi untuk berubah..




 

Morning Sunday :)

Yesterday I went to umah wan in KL
Wan looks so happy I came..
As expected.. she also cried bcoz of my relationship with zaim..
hrm..pity her..
but I said.. wan ..no need to worry.. I believe.. all these happen bcoz allah had better plan..
Both of us can't be together..
U have to accept dat wan..

Yesterday..she keep look at me once I standing and looking outside of the corridor..
Then.. she keep on asking me.. am I OK?.. am I worry?.
She said.. don't lie to her.. cuz she can see it..
she know me very well..
I just smile and giving her a small laugh..
and said.. I'm ok wan.. no need to worry me..
I can forget him.. don't wory..
huhu.. I should let her see me very confident.. so dat can less a bit her worriedness.

I admit.. yesterday I remember about him..
and I wussup Ika..
I ask.. ika.. is this happen to you last time when ur ex left u?..
she said. yes Lynn.. it will happen sometime.. where u suddenly remember him and damn miss him suddenly..
she said.. sabar.. its a normal..
erm.. ok..i try to let it flow.. this is the process to go with.
I saw the road to Komuter Pantai Dalam from the window of my wan's house.
I remember.. I use to pick him twice at that place and bring him to wan house..
after that.. we went out for date..
How can I forget dat..

Last nite I dreamed him again..
but juz for couple of second..
ok la.. not a sad story...

I wake up also not feel so missing him..
it will take time.. I know..

OK LYNN.. its time to mandi.. :)
Think Positive
Doa dan Solat
Berzikir lah..
Insyaallah allah akan bantu..
No one can help u unless Allah..
Allah Love Me More.. I know dat..
Thank U Allah..


 

Saturday, April 19, 2014

Morning Saturday :)

Erm.. Today wake up so early..
Suddenly knp ntah pepagi tadi smpi skrg.. teringat pulak dekat dia..
Hrmm... aperhal kepala nie.. dah boil kot..
Banyak lagi benda boleh ingt..
P ingat kat mamat tu plak..

Hrmm.. xperla.. as long x sedih ..
Mungkin hari ni dia date dgn GF baru dia..
Happy la kot..

Aishh... Lynn.. what the hell ur thinking about him dis morning..
haiyoo.. shuhh..shuhh.. go way..go away from my mind..
klu dia nak happy.. p jerla.. x yah mengganggu fikiran aku..
Aku pun nak happy jugak..

Or.. aku jadi mcm ni sbb smlam aku p tasik kemuning kot..
Tempat dia selalu jogging..
kne tempias sumpahan ..erkk??.. aper da aku merepek ni..
Ingat cita mistik ke Lynn?? adoii

well.. hari ni nak p umah wan kat KL..
lama sangat dah x jmpa wan..
Harap2.. jgn dia bukak cita pasal zaim sudah..
x sanggup aku nak dengar huhu

Cantiknyer kasut baru sayer :)
                                                                     Tasik Kemuning Memang cantik


                                                         Thanks moon.. teman I p Joging.. eh.. P jalan :)
Semalam dapat Jugak habiskan round satu tasik dalam masa 40 minit sbb jalan jer plus tangkap gambar ^_^.. xperla.. cantik & Feel so release..
 

Thursday, April 17, 2014

Owh PUMA ku.... terbang fulus den :)

Hari ni.. abis duit huhu..
Beli sport shoes untuk jalan2 tepi tasik :)

Tapi kasut tu cantik..
Harga pun lawa.. xperlah..
sajer nak try keliling tasik kemuning tu..
Nak tengok jauh & besar sangat ker..
lagipun view dia sgt cantik..

Actually nak p ptg tadi..
Pastu dah half way..
macam mendung jer... Patah balik kat umah..
xper.. esok kan ader..
Friday mungkin ramai sikit org jogging ptg2..
xderla rasa takut nak jalan2 nanti..

Xsemestinyer nak kne lari kan??..
Esok aku nak jalan jer..
nak ambil udara segar..
nak tgk keluasan tasik yg dia pernah lari beround round dlu..
penat x??..

xperla..
esok lepas asar.. nak pergi..
And isyaallah.. nak jadikan xtvt setiap hari lps ni..
Barulah sihat.. :)
                                                        Cantiknyer kasut nie... :) esok nak pakai kamu.... ^_^

Kawasan nie??... Alhamdulillah.. semalam try lalu sini.. kenangan umah kedai tu.. belakang tu umah die..
seb baik x nanges...
Alhamdulillah..
 
 

Wednesday, April 16, 2014

Jangan Ucapkan Cinta Pada Hati Lembutnya

“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya” Q. S. An-Nur (24):31

Jujur,  itu bukanlah perkara biasa…
Tetapi sungguh luar biasa…
Ketika ada lelaki berkata pada wanita “Saudari, aku mencintaimu dan menyayangimu…”
Hmm, sederet kata sayang yang memenuhi ucapannya… mengharapmu menjadi kekasih hati…
Terbungkus harapan dan janji-janji manis…

Wahai hawa, apa yang kalian rasakan jika ungkapan itu mendarat di telingamu?
Akankah terbang di atas awan atau terbuai angan panjang…
Mungkin ada dari kalian  yang punya hati sekuat keluli,  lali akan kata-kata itu…
Tetapi  banyak yang berhati bak kapas yang mudah diterbangkan
Terbang kemana pun angin berhembus…
Betapa tak kuasanya…
Lembutnya hati si hawa…


Adam, sanggupkah kalian menodai hati lembutnya??
Dengan kerapuhan dan kelembutan…
Atau  mungkin kebodohannya…


Sebenarnya, orang yang suka mempermainkan wanita adalah pengecut.
Kenapa begitu? kerana dia hanya bermain-main dengan sehelai kapas…
Yang kecil, nipis, mudah terbang tanpa arah dan tujuan…
Bermain-main didalam angan-angan dan buaian…
Realitinya, kalian belum berani menghadapinya…
Jika anda seorang yang “jantan”, nikahilah wanita itu.
Renungkanlah…


Jauhi wanita, jika kalian tak kuasa dengan fitnah hawa…
Janganlah percikkan bara, jika kalian tak ingin terbakar olehnya…
Janganlah mengambil risiko dengan mendekati pintu – pintu fitnah,
Jika kalian tidak bolehmenanggung akibatnya…
Menghalalkan yang telah diharamkan-Nya…


Bagaimanapun itu sudah terkeluar dari jalur and syari’at-Nya…
Terbuai cinta yang bersemi sebelum waktunya…
Sehingga menempuh jalan bermaksiat kepada-Nya…
Sabarlah dan tuntutlah ilmu…
Amalkan dulu ilmu yang kita punya dalam balutan ketaatan dan ketaqwaan…
Jika memang sudah tak boleh,
Tempuhlah jalan yang paling mulia tuntunan RasulNya…
Berkahwinlah melalui jalur syari’atNya…
Dengan cara-cara yang dibenarkan dan dihalalkanNya…


Muslim yang baik untuk muslimah yang baik…
Muslimah yang baik untuk muslim yang baik pula…
Dan sebaliknya…
Semoga Allah memberkati dalam ikrar suci yang menyatukan cinta kalian keranaNya
Terbina indah dan mulia dengan sebuah pernikahan…


Kuntum mawar yang telah merekah mempesona, hadirkan ungkapan cinta suci pada kekasihnya…
Itulah cinta yang sesungguhnya…
Semoga Allah menyayangimu…
Hijablah hatimu dengan hijab kalian…
Hijab yang sempurna…
Jangan biarkan hatimu mudah terjatuh kerana kerana seorang lelaki khilaf yang berpenyakit hatinya, hingga terlena akan harapan-harapan  kosong mereka…

Kuatkan imanku untuk berubah menjadi wanita yang lebih baik dari sebelumnya... semoga dipermudahkan..
 

Alhamdulillah

Lamer jugak rasa putus dgn dia kan..
Padahal baru bbrp hari jer..
Macam nie la rupernyer penangan putus cinta..
Seksa jugak nak ilang..
sehari rasa terlalu lama..

Alhamdulillah..
Pagi ni aku bangun x berharap dah msg dia dkt fon lagi mcm biasa..
Hari ni bangun rasa ok..
Dia x terlalu appear dalam kepala
Terima kasih allah..
Kau datang kan ketenangan setelah bertungkus lumus.. lemas n penat dalam tangisan beberapa hari lepas..

Sungguh aku xnak lagi perasaan sedih tu kembali..
dan aku harap perkara mcm ni xkan berulang dalam hidup..
aku takut dah nak rasa sakit mcm hari tu..
tersekasa rasanya dalaman fikiran n luaran ..
hanya allah yg tau betapa sakitnya perasaan itu.

Kalau ada jodoh aku permudahkan lah ya allah..
hindarkan aku dari perasaan terlampau sayang
sebab perasaan tu lah aku jadi terlalu obsess smpi mcm tu..
sakit bila org yg aku sayang hilang tiba2..

Semoga hati ini kembali sembuh seperti sedia kala..
aku akan cuba buat yang terbaik untuk hati ini sembuh..
insyaallah..

 

Tuesday, April 15, 2014

Ya Allah.. aku Maafkan Dia.. Semoga Hatiku Tenang

hrm..
Insyaallah.. aku dah boleh terima hakikat ini..
wlupun masih bebekas rasa terkilan..
sbb hilang tanpa alasan..
tanpa perbincangan yang aku harapkan..
xperlah..
betul kata kata..
redha dgn setiap yang terjadi..
insyaallah diri kita akan tenang..

Aku doakan dia Berjaya dalam hidup..
sebab dia masih muda ..
x mungkin aku doa yang x baik untuk dia..
dia pernah hadir dalam diri aku..
dia pernah menetap dalam hati ini..
sehingga ke hari ini..

xper.. aku takkan paksa dia pergi dari hati lagi..
lama2.. mungkin dia akan pergi sendiri..
biarlah masa berjalan macam biasa..
insyaallah.. kalau hati ini bukan tempatnyer

dia sendiri akan beredar..

Bila aku fikir balik..
Bukan 100% dia bersalah..
Mungkin sebab aku terlalu memaksa..
Terlalu menekan..
Atau yang lebih teruk..
dia sememangnya x pernah ada hati pun dekat aku..
Mungkin dia terpaksa
sebab dah terlanjur berkata2..
aduishh.. mintak dijauhkan penyebab yg teruk nie kalau boleh huhu..


 Semalam and hari nie.. aku beranikan diri pergi tempat ni waktu ptg lepas balik keje.. Alhamdulillah.. wlupun semalam sangat la sayu n terasa nak nangis sesangat..seb baik boleh tahan.. tapi hari nie.. rasa makin kuat.. insyaallah.. aku akan cuba beranikan diri pergi lalui tempat2 yang pernah aku lalu dgn dia tanpa nangis lagi.. huhu..

huishh.. sadih betol aku nie.. lemah semangat sanggattt... hrmm... nak wat cemaner.. dah terbiasa dgn dia.. tetiber kne p sendiri pulak.. hrmmm :(


 

Sunday, April 13, 2014

Saya Mimpi Dia Rampas Kamu Dari Saya Tadi :(

Ya allah.

Sedihnya rasa hari..
kenapa masih mimpi dia??

Sakitnya ..
Bangun Terus Menangis..
Sampi hati ..Terkilan.. Semua ada..
Ni Mainan Tido Ker?..

Knplah susah sangat untuk lupakan kamu Zaim Zahiri..
Kalau kamu dah x suka saya..
Pergilah dari fikiran saya..
Janganlah hadir sekadar untuk buat saya menangis..

Mimpi itu Memang mnyakitkan saya..
Saya Mimpi kamu datang ke majlis kenduri umah saya..
Kmu bawa dia bersama sebab kamu kata kawan untuk teman..
Ok saya izinkan..
DAlam masa yang sama saya sangat marah dengan perempuan tu..
Tapi saya diamkan ajer sbb x nak kamu pening..

Kamu datang dari jauh.. Penat nanti nak layan kerenah saya..
Waktu tu dalam surau dalam rumah saya..
waktu tu ramai org sedang solat..
saya Nampak dia jugak..
solat dengan pakai telekung saya sbb x bawak telekung..
dalam hati saya.. kalau sy tnye pasal kamu mungkin dia ok sbb dia tgh dalam keadaan tenang..

Tapi saya sangat emosi..
saya pergi ke sebelah dia..
saya tolak bahu dia sikit untuk tnyer knapa..
Rupanya dia sangat garang.. & kasar..
saya sangat takut sbb dia tinggi and dia tolak saya sangat kuat..
nasib sy x jatuh..
Dia kata dekat saya..
Memang dia dah rampas kamu dari saya..
Saya mmg xkan ada harapan lagi..
kamu selalu katakan saying dkt dia and plan nak putus dengan saya..

Dia marah saya lagi..
saya pergi dekat kawan2 & makcik2 saya..
saya takut..
dia sangat garang..
saya pelik.. kenapa saya jadi macam tu..
sedangkan dia berada dalam rumah saya..
and dia meminjam telekung saya..
Sy kata dgn makcik & kawan2 saya..
Biarlah dia jgn buat dia marah lagi..
sbb sy xnak ayah sy malu dekat tetamu..
and xnak kamu pening kepala dgn situasi tu..
Banyak nyer yg sy fikirkan..

Lepas kenduri,..
kamu jumpa saya.. kata pukul 8 malam untuk balik ke Johor..
Sy gembira kamu ada dekat depan saya..
wlupun masa tu kamu sangat serius..
kamu hadir dekat depan saya..
masih baik dgn sy..
Saya nak hantar kamu pergi bus station..
kamu kata xper.. kamu boleh pergi sendiri..
lagipun kamu ada kawan teman.. (dialah)..

Saya biarkan kamu pergi..
Kawan2 & makcik saya tanyer knp saya x teman kamu?
diorg kata saya telah membuka peluang yg besar untuk dia merampas kamu dari saya.
Dalam hati saya menyesal..
knapa sy x hantar kamu..
Saya message kamu..
dah sampai bus station ker.. kamu ok ker kat sane..
Kamu reply.. ok.. don't worry..
leganya hati kamu reply dengan baik message saya..
betapa saya sangat berharap msg kamu tu..

Dalam mmpi tu..
wan saya sihat jugak..
dia pun balik naik bus..
Kamu Nampak dia..
kamu dan dia tegur & salam wan saya..
seperti biasa..sangat baik

Wan saya kenal kamu..
dia sangat gembira Nampak kamu..
& wan x syak langsung kamu ada hubungan dengan dia..
Cuma dia naik bus yg lain untuk pulang..

Sy tengok jam di dinding..
pkul 7.55 mlm...
kamu naik bus pkul 8mlm..
5 minit lagi mesti tgh beratur..
saya terasa nak msg or call
Tapi saya takut mengganggu kamu..

Tapi saya call jugak rasanya.. (xberapa nak ingt sgt?..
samada ni mmpi atau rekaan kepala otak saya..
kamu angkat..
kamu jawab dengan baik..
yer.. syg tgh beratur naik bus ni..
sy terus cakap ok2.. hati2 yer..
lepas cakap sy terus letak sbb takut kamu susah nanti nak naik bus sambil pgg fon..

30 minit lepas tu..
saya rasa kamu mungkin dah ok dalam bus..
saya mungkin boleh message kamu..
Saya pun message..
tapi x berbalas..
saya call x berangkat..
saya sgt down..
dalam mmpi tu..
dia pegang fon kamu..
erm.. mmg xder harapan la sy nak bercommunicate dgn kamu..
saat tu saya rasa sangat sangat tertekan..
saya nak sangat cakap & tnyerkan kamu betul ke apa yg dia cakap dekat saya waktu solat zohor tadi?
Tapi setiap kali sy call x angkat sebb fon kamu dia dah silentkan..
msg sy..dia cepat2 delete..
Sedihnya saya masa tu..

Saya terbangun..
Pukul 2.20 pagi..
saya mengereng ke kanan & ambil bantal tutup muka saya..
X boleh...
saya terus menangis..
saya sangat rindu..
saya rindu kamu..

sedihnya perasaan ini :(

esok saya ada class..
takutnya kalau mata ni bengkak sebab nangis..

Saya Rindu Kamu Sangat :(

Sepatutnya sy bangun tadi nak terus solat sbb sy nangis..
Tapi.. sy takut sy lupa mmpi sy..
sy nak tulis dlu dlm diary ini..

Baik saya solat.......

 

Saturday, April 12, 2014

Hinanya diri ini..

Aku menangis hari ketika membaca al-quran..
Ya allah.. banyak nyer dosa hambamu..
Sungguh aku x layak untuk syurgamu..
Tapi Aku juga xnak untuk keneraka mu ya allah..

Ya allah.. Ampunilah dosa ku..
aku ingin bertaubat atas semua yang aku lakuakn,..
Ya allah..ikhlaskan lah aku atas semua yg aku buat dekat muka bumi ini ya allah..

Ya allah.. kerdilnya aku..
heningnya pagi hari ini..
aku menangis mengenangkan diri sendiri..
dosa yang semakin menggunung..
dosa2 yang lepas..
dosa kepada manusia..
aku dapat rasakan..banyak dosa aku yg terapung..
yang masih tidak dimaafkan oleh manusia yang tidak sengaja aku sakiti ya allah

Ya allah ya tuhanku..
kurnikanlah aku kekuatan..
untuk kembali menjadi muslimah yang baik..
agar aku tercipata untuk seorang lelaki yang memperhambakan diri padamu ya allah..
bukan duniawi semata..
cukup lah aku telah merasa keseronokan duniawi pada waktu yang lepas..
aku ingin menghambakan diri padamu ya allah..
berikan lah aku ketenangan..
dalam setiap perkara yang aku buat

Sungguh ya allah..
aku x mahu lagi menjadi seperti dahulu..
menghambakan diri pada dunia..
menghambakan diri pada cinta manusia..

bantulah aku ya allah..
aku ingin berubah..
berikan lah kekuatan..
kuatkan lah imanku..
supaya perjalanan ku untuk menjadi seorang muslimah yang baik
tidak terganggu oleh hasutan syaitan.. dan rasukan dunia,,

Bantulah la aku ya allah..
terlalu banyak dosa telah aku buat di dunia..

Berilah aku peluang menjadi anak yang baik..
pelajar dan pekerja yang berjuang kerana agamaku ya allah..
Dan beri lah peluang kepadaku untuk mendapat suami yang benar2 membimbingku ke redhamu ya allah.
supaya aku dapat menjejaki syurga bersama2 nya ya allah..

Aku insan yang sangat berdosa..
aku malu dengan diri sendiri..
aku malu dengan mu ya allah..

Bantulah aku ya allah...

Friday, April 11, 2014

Alhamdulillah.. Khatam jugak AL-Quran malam smlm:)

Akhirnya.. khatam jugak bacaan quran malam smlm

aku terlalu pentingkan perkara yg sia2 sepanjang tahun lepas..

menghabiskn masa dengan perkara dunia

lalai dgn kitab suci nie..

tahun lepas sepatutnya khatam bulan puasa seperti biasa..

tapi.. lalai..lalai dggn cinta duniawi..

Alhamdulillah... allah masih sayang...

aku masih terpilih untuk membaca kitabnya..

Semoga dipermudahkan segala-galanya ..

tenangkan hati ini,...

murahkan rezeki ini...

amin...

Thursday, April 10, 2014

WHAT A STUBBORN HEART

Dear my diary..

I reach home already..
Just 1.30pm now..

All bcoz of... I can't focus in my office..
I don't understand..
Why this heart so stubborn to let him go...
Why my heart still want to keep him inside..
Its burden me...

That's the reason I back home this early..
Actually its been almost tWo weeks we had clash each other..
why im so weak..
My frenz said.. he is very happy there with his new GF..
u should be happy also lynn..
don't suffer bcoz of him..
Why I cannot be like him..
Happy with new life..
Happy to date his new gf..
Happy to leave me alone here..

Hrmm.. lynn..
what should I do with me?
Is it take couple of day some more?
I don't want
I wan't him disappear immediately..
but y I cannot?

Everyone say..
Lynn u know y..
bcoz u keep on loving him..
dats y u can't forget him
u tight him in ur heart..
u scared to let go..
u afraid to accept new people..
dats the reason u made him fulfill ur heart so dat.. no one can replace his place in it..

u should let him go Lynn..
He never think of u anymore..
he is not himself dat u ever know before..
he is now a different guy..

Everyone said I can..
I can forget him.. they were confident on me..
And I show them I forget him yesterday..
But actually I hide him deep in my heart.. so nobody can realize dat I still have him inside :)

and diary.. trust me..
I can't accept people say bad thing bout him..
its hurt me..
even though I know.. he is the bad guy I ever met..
Please let me only say bad things bout him..
not other people..............

:)....LET IT GO ..................................
 

Sunday, April 6, 2014

it should be ok for u lynn... :)

Good Morning Diary...

Alhamdulillah..malam  tadi tido makin ok..
Sy dah x mmpi dia..
Bangun Pagi pun ok..
x fikir nak tgk fon dah..

Semoga hari sy semakin hari bertambah baik..
Sy harap dia pun sama..
Tpi mmg dia ok pun..
baguslah.. :)

Saya menyesal x kawan dgn dia??
hrm.. x..
sy x suka perkataan menyesal dalam hidup sy..
sbb sy mmg fikir habis habisan sblm buat kputusan..
Kptsn sy utk attatch dgn dia dlu pun.. sbb sy fikir sehabis baik..
Tapi manusia x perfect..
allah yang arrange sbnrnyer.. bukan sy.. :)

Sbnrnyer kan..
sy ok & boleh terima masa dia kata parent blm benarkan utk ke alam perkahwinan @ Pertunangan
sy sbnrnyer dah ok.. & dah boleh terima keadaan tu dgn tenang..
and sy plan untuk lupakan kan dia dalam keadaan kami berdua sangat tenang...

Cuma sy jadi tertekan
sbb sy tau dia dan dat gurl.. memperbodohkan sy dlm diam..
memperbodoh??.. ayat tu paling sesuai..
mmg rasa terhina..
itu jer..

Xnak mengungkit...tapi mmg banyak sy buat untuk org yg sy pernah syg..
Bila sy fikir..
ntahlah...kalaulah ada org yg berada kat tmpat sy skrg,, msti sgt faham..

Dia kata setia..
saya jadi setia.... x berkawan dgn mana2 lelaki pun
Dia rasa sukar untuk melakukan sesuatu..
Saya tolong semampu sy wlupun kene korbankan masa..
Saya x boleh lihat dia sedih & rasa tersepit
saya nak jadi angin yg dapat sejuk & tenangkan dia..
Sebab dia sangat manja..

Tapi.. dia mengkhianati sy dr belakang..
kdg2 sy terfikir.. apa sebenarnyer perasaan dia waktu keluar dgn sy..
terus terang apa yg sy fikir :

dia sangat terpaksa..
dia sangt boring
dia mempergunakan sy untuk jalan2 jer..time dia boring
mcm2 lagi.

Tapi sy bnyk kali dah bg tau dia..
kalau terpaksa x payah teruskan..
sy ok jer..
sbb sy xnak org rasa terpaksa dgn sy..
sbb sy pun x suka berasa terpaksa dgn org..

Xperlah.. benda dah lepas..
sy rs sy dah boleh terima semua ni berlaku..

saya boleh maafkan dia bila fikir..
Mungkin sbb dia belom matang
& x boleh fikir sebaik yg mungkin..

itu jer penyebab sy rasa makin tenang skrg..
sy percaya allah sygkan sy :)






 

Friday, April 4, 2014

hari ni training tempat yg kita pernah carik sama2x

hari ni pagi x masuk office pun..
rasa x sihat.. smlm tido pkul 5 pg..
sebab x boleh lelap mata..
lelap jer Nampak dia...

Hrmm...
Pagi ni nekad bg tau mama & ayah hal sebenar antara sy dgn kamu..(zaim zahiri)
mama & ayah rupenyer ok jer..
saya yg terlalu takut..
Saya menangis waktu brkfast dgn diorg..
mama & ayah dah dapat sense rupernyer..
diorg tenang & Pujuk sayar supaya bersabar..

xder aper2 yang berat pun..
ayah kata.. masalah sy xlah seberat masalah mama and ayah..
diorg senyum and & cakap...
xder aper2 la kakak.. kecil jer tu
itu aturan hidup

semua allah dah tentukan..
jodoh sy bukan dgn awak..
ada dkt tmpat lain sebenarnyer
cuma belum muncul...

Alhamdulillah mama & ayah faham sy..

Dan awak..
wlupun saya rasa teraniaya..
saya xkan berdendam..
saya doakan awak dapat melalui hidup awak dgn tenang..
saya pun x boleh nak buruk sangka tanpa bukti awak ade perempuan lain dibelakang saya..
Cuma.. apa yg sy telah lihat.. berat mengatakan awak ada dia..
wlupun awak & dia x mengaku..
jujur saya rasa diperbodohkan..

Terima kasih sbb pernah menghiburkan saya..
Terima kasih jugak sbb buat sy belajar erti hidup..

sy selalu berkata dalam hati.. awak insan pertama yg hadir dan insan terakhir jugak yg dapat tawan hati saya..
Tapi semua tu mainan dunia & fikiran saya..

Mungkin sukar untuk ikhlaskan hati redha akan semua ini..
Insyaallah kalau allah kuatkan iman saya..
sy akan redha atas semua yg berlaku..

Hari ni.. sy ada training dkt KL..
Sy x boleh drive sendiri..
sbb awak pernah teman sy cari tempat tu dlu sama2..
Dan sy x kuat untuk tempuh tempat yg kita pergi bersama..
setiap tempat yang saya lalui.. mana shj ada kenangan awak dgn saya..
sy akan lemah dan nangis...

Tapi nak buat macam mana..
kerja is kerja..
xper.. sy akan cuba sebaik mungkin untuk pergi ke tempat tu..
semoga semua nyer berjalan lancar..
 

Thursday, April 3, 2014

Mungkin lagu ni sesuai untuk dia buat masa ni.. i still love u no matter what.. bcoz i'm so stubborn..



 







 
 
Ya Allah..sukarnya aku nak lupakan dia..

Hari ni nangis lagi..
penatnyer..

sakit kepala..
sebak..

knplah syg buat b mcm nie..
Syg kata xde contact dah dgn dia..
Tapi seronok btul bercomment dgn dia dlm fb syg..

Hrmm...
adakah ni petunjuk..
dan aku masih buta lagi sbb cinta??

Sungguh aku x percaya dia mcm ni sbnrnyer..
Sebaik2 lelaki yg aku knal..
Ini ke rupa sebenar?..
Ntahlah..
Tapi bagi aku.. dia baik jer.. :).. hadoiii

Lyn.. why u so stubborn..
u should let him go..
cuz no more place for u in his heart..

But why I can"t??
I miss u so much..

Mungkin perasaan ini akan hilang bila masa menemukan aku dgn seseorg..
Insyaallah..

Aku mesti kuat & Tabah..
Fikirkan mcm mana kwn2 dlu hadapi saat mcm nie..
especially Ika & Mun..

Perhubungan mereka lebih lama dari aku..
Jauh lama 5 ke 6 tahun..
Tapi tgklah sekarang..
mereka bahagia dgn lelaki baru

Tapi masa keadaan perit tu datang..
mereka mungkin lebih teruk dari perhubungan aku yg hanya setahun jagung ni..

Insyaallah lynn.. klu jodoh xkan kemana..
Kalau sehebat mana pun syg kamu.. xder jodoh dgn Zaim ZAhiri.. xada jugak..
Tapi kalau sehebat mana pun kamu lari & Benci & berpasangan dgn lelaki lain..
Kalau jodoh kamu dgn dia.. bertemu jugak..
Insyaallah..

Perit ni mmg mengambil masa untuk sembuh..
Harap kamu kuat..
Cubalah..

Insyaallah...
Morning Syg...
I wish to say dat to you dis morning..
but I can't..

B bukan lg org yg syg syg..

Love U.........
Syg..
Hari ni kita langsung x contact kan..
B nekad x nak call syg wlupun jari ni terasa nak bg msg rindu..

Hari ni b jumpa kwn b yg baru tu..
b ingt nak mulakan relationship yg baru n lupakan syg..
tapi b xrasa b boleh..
b rindu syg lg..

Sayang.. tadi b jmpa ika n fahmi..
Diorg dgr masalah b..
b rindu syg..
b nak syg..
Tapi ramai org suruh b lupakan syg..

Sbb b rindu syg..
b mintak Fahmi on FB dia nak tgk xtvt syg..
sbb b dh block syg..lgpun syg dah x kwn dgn dgn b dlm fb..
Bila dia on b rasa lepas rindu b kat syg..
B ambil peluang tu..tgk semua gambar syg..

Bila b smpi umah.. b nak on FB b..
Tapi rupe2nyer FB Fahmi dia x sign Out..
b jahat syg.. b x log off..
b nak tgk syg..

B ternampak update status syg yg terbaru..
syg tlis (MizUPlsCmeBck)..
syg rindu kat b ker..?
kalau yer.. b bersyukur sgt syg x lupakan b lg..
Tapi.. b takut syg rindukan bdk prmpuan tu sbnrnyer..
so b pun dah x excited sgt..

B tgk twitter bdk prmpuan tu dah 100% letak gambar syg dgn dia
Dia msti bahagia..sbb dah xde org lain dah dekat dgn syg lg

xperlah.. b doakan yg terbaik untuk syg..
klu dia mmg pilihan syg..
bimbinglah dia..
jagalah dia..mcm mana syg jaga b..

b takkan lupa syg smpi bila2 pun..
sejahat n seburuk mana pun syg..
b tetap hargai apa yg syg pernah buat utk b..

b xkisah apa org nak ckp pasal syg dkt balakang b
buruk or baik ..pendapat org.. b x boleh halang
Tapi bg b,.. b sentiasa syg syg..
wlupun syg x syg b lg..
sbb syg sgt istimewa dlm hati b sepanjang kehidupan b..

selagi b xde pengganti..
b akan jaga syg dalam hati sebaik yg b boleh.

Wednesday, April 2, 2014

Mimpi Kamu Sayang :(

Little Diary...:(

Semalam 01/04/2014...
hubungan b n syg dah tamat..
syg marah b sbb asyik fikir bukan2 pasal syg..
B bengang sbb b asyik fikir syg dgn perempuan tu..

Biarlah.. mungkin ada hikmah ia berakhir..
mungkin allah nak elakkn syg dr b..sbb syg bukan jodoh b..
B nangis...

B call Ash.. Ash tu kwn baru b..
syg x knal dia..
b nangis dkat dia sbb b tak tau nak share dgn siapa dah tgh2 mlm...
sbb dia lelaki.. dia msti tido lewat...
so b share dgn dia..

Hari ni.. b pergi kerja..
ingat semangat dah ok..
tiba2.. lepas b siapkan semua kerja..
pkul 11.. b dah asyik teringat syg wlupun ramai yg wsup b..
11.30.. b x boleh tahan... dada b sebak.. air mata rasa nak mengalir kat situ jugak..
kat meja b..
b cepat2.. angkat barang b... n terus bergerak pergi kereta sambil tahan dada b yg sebak..

Keluar dari bank.. setitis air mata  dah mengalir sikit.. bila b kenangkan syg pernah hantar n ambil b dekat depan bank tu..
b cepat2 jalan smpi kereta..
masuk kereta.. b terus menangis tanpa henti..
b rindu syg....

B ingat nak pergi tasik shah alam.. x pun tasik kemuning..
tapi takut b nangis lagi teruk nanti sbb dua2 tu ada kengangan b dgn sayang..
B pun balik...
sampai umah.. b asyik fikir n nangis..
b decide nak tido..
b pun tido..

Tapi.. sayang hadir dalam mmpi b..
mungkin b terlalu fikirkan sayang...
lama b tido..
pkul 12.. smpi 1.45..
sepanjang tido b.. sayang sentiasa ada kat dalam mmpi b..

B mmpi sayang anta wechat dekat b..
syg tulis syg minta maaf n kecil hati sbb b hantar status kat fb pasal kita putus..
syg kata syg minta maaf n sayangkan b lg..
b pun terus maafkan sayang...
gembiranya hati b kita dah baik balik...

Tapi bila b bangun.. b cepat2 cek fon..
b tau tu msti mmpi..
hrmm... mmg mmpi..
b sedih syg.. b syg syg..
Tapi syg dah x syg b dah..
Kita putus tiba2 macam ni..

hrmm.. its time to pray..
may I be strong..............